CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 21, 2010

Alhamdulillah



Alhamdulillah, selesai sudah menduduki peperiksaan yang sungguh susah. Dua malam tak tidur, membaca dengan begitu rajin tetapi tetap rasa soalan yang ditanya adalah susah. Alhamdulillah episod luka duka sudah berlalu. Semua dilalui demi masa depan yang lebih cerah. Volkswagen Beetle 2011 dan Casa Tiara Condo bukan impian, bukan motivasi tapi sesuatu yang pasti mesti didapati dengan hasil titik peluh sendiri satu hari nanti. Pendakian di menara gading sudah hampir sampai ke puncak, dunia luar sudah menanti. Sebenarnya banyak tawaran bagus yang didapati dari orang sekeliling termasuk bekerja di hotel ayah sendiri tetapi tanam dalam hati ingin berjaya dengan usaha sendiri lalu memberanikan diri mengharungi temuduga maut di organisasi konglomerat yang menjadi impian duniawi. Kerana aku yakin satu hari nanti aku pasti memiliki semua yang diingini dengan usaha sendiri. Mungkin bukan didalam bidang kritikal atau profesional yang sering dimegah oleh para insani tapi aku percaya aku masih mampu berjaya dalam bidang yang aku ceburi. Aku memang imiginatif dan bercita-cita tinggi sedari dari azali. Tapi masih berpegang teguh bahawa jasa ibuabapa adalah perkara pertama yang perlu diganti sebelum mengejar impian sendiri. Mereka mungkin lebih dari mampu membeli segalanya sendiri tetapi tidakkah lebih manis perasaanya jika anak sendiri yang berusaha untuk memberi. Satu yang aku pegang sehingga hari ini. Percaya pada diri. Aku bersyukur dengan segala yang dimiliki, sungguh aku beruntung banyak berbanding orang di sekeliling. Tapi kita tidak patut berhenti dari bermimpi kerana mimpi itulah yang menjadi dasar kepada realiti. Janji pada diri ingin bekerja sepenuh hati, menggapai impian yang dijunjung dari kecil. Cinta, aku tolak ketepi buat masa ini. Umur aku masih muda untuk menyerahkan diri kepada seorang lelaki yang belum pasti menemani sehingga mati. Hairan melihat remaja masa kini yang mengharapkan lelaki serba-serbi, impian sekadar gitu gini dan perkahwinan dirasakan sebagai sasaran dan kejayaan hakiki. Hairan, sudah cukupkah ilmu dunia ini kau pelajari untuk membina masjid. Persepsi masing-masing. Bagi aku sendiri, berkahwin itu adalah satu yang pasti ingin aku lalui satu hari nanti tapi bukan dalam masa terdekat ini. Aku tidak mahu hidup susah selepas berkahwin jadi biarlah kita ada jaminan yang pasti sebelum tergesa mengejar kebahagiaan yang belum pasti. Namun persepsi ini tidak merubah yang aku memang sayang pada cinta hati. eternity.

0 comments: