CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label sabya kitchen. Show all posts
Showing posts with label sabya kitchen. Show all posts

Saturday, August 4, 2012

Bubur Lambuk

Assalamualaikum w.b.t. Ehem ehem bulan Ramadhan ni haruslah sopan sikit  lebih. Awak puasa tak? Harap tadelah yang azan awal ye... hihi.... Hari ni kita tetibe kita rajin nak buat tutorial masak untuk sabya's kitchen. Oke tipu. Sebenarnya kita ada majlis berbuka tapi kita tana pegi sebab ta kenan sangat ngan client tu. Bajet nak keluar buka dengan kengkawan sume bz. Sob. Balik rumah tade orang, parents pon buka luar. Sob sob. Buka fridge, kosong je. Meraung trus sob sob sob. Nak start enjin keta keluar balik redah jem pegi bazaar memang takla...... sebab dah penat baru balik keje. True Story. Sad. So datanglah seru rajin untuk masak. Ironik dekat Sabya's Kitchen ni i akan masak bende yang i biasa masak je. Macam bubur lambuk ni i memang selalu masak. Sebab i suka makan. I akan masak benda yang i suka makan. Simple theory.Ini resipi dari bonda yang i dah start buat sejak i form 4 kot. So daripada kau beratur 2jam depan masjid kampung baru tu baik buat sendiri kat rumah, 45mins dah siap. Dijamin sedap! Personally i dah penah rasa bubur lambuk kg.baru, and until today i wonder kesian  kenapalah orang sanggup beratur begitu lama.. The taste is nothing to shout out pon. Saban tahun i rasa makin lama makin cair makin tasteless. Ini my personal opinion la. Tapi usaha masjid tu yang giveaway bubur free setiap tahun adalah satu usaha yang patut dipuji & dipandang tinggi!



Ingredients
1) Beras
2) Bawang merah, Bawang putih, Udang kering yang dah direndam air panas (Tumbuk/Blend)
3) Halia ketuk
4) Daging
5) Carrot
6) Santan
7) lada Hitam
8) Minyak Sapi

Masak bubur kosong. Macam yg i buat ni cuma segenggam beras & banyakkkkkkkk air. Masak sampai kembang & jadi bubur. Seriously i assumed semua orang tau buat bubur kosong. Oke kalau tatau pon tolonglah pura-pura tau. Bubur yang sedap adalah bubur yang kembang hancur means dah tade rupa butir2 nasi.Ohh Getit


Dalam bubur kosong tadi masukkan daging & halia yang dah diketuk. Kalau u suka ayam letaklah ayam. Paling legend, sila letak daging tetel. Unhealthy i know. Tapi bende yang tak menyihatkan selalu memang sedap pon. Ehh


Masukkan diced carrot. Selalu i tak masuk pon. Tapi sejak dah lanjut usia ni, power mata pon dah meninggi. Haruslah telan carrot banyak2 ye. Kasi cerah sikit mata.


Tumbuk bawang merah, bawang putih & udang kering. Jangan lupa rendam udang kering ni dalam air panas dulu. Bia dia kembang lembut & bersih baru tumbuk dengan bawang tau.


Panaskan pan dengan 1 sudu besar minyak sapi. Please guna minyak sapi. Kalau guna minyak biasa, sumpah rasa dia trus OUT. Serious tak tipu.  


Masukkan bawang & udang kering yang dah tumbuk tadi dalam minyak sapi panas. Tumis darat sampai brownish. 



Masukkan bahan yang dah ditumis darat tadi ke dalam bubur yang tengah menggelegak itu.Time ni bajet carrot dah lembut la.



Masukkan santan. Contoh i masak segenggam je beras so i masuk 1/4santan. Kalau i masak 1 cup beras i akan masuk 1 biji santan. Tayah banyak sangat pon. Ikut selera. Lepas masuk santan trus kaler dia bertukar transformer.


Haaaa kaler dia jadi susu susu.Baru ada rupa bubur lambuk.Kalau korang dah sampai stage ni kira dah hampir berjaya la..... Dash in black pepper. Kalau i suka banyak banyak. Ikut selera.



Last sekali few pinch of salt/garam. Bring to boil & Ready to serve.




Voila Bon Apetit!!!!! Kalau rajin boleh granish dengan cili merah, daun sop & telur dadar hiris. Oke i ta rajin. Anyways just to share,i suka makan bubur dengan sambal getuk. Tapi i ta berani na share resepi sebab i ta expert. Nanti orang jawa asli serang i pula. Cuma bekas mak mentua  tak jadi *batukbatuk yang penah ajar i buat sambal getuk ni. Tumbuk belacan bakar dengan cili padi banyakkkk& ikan bilisgoreng yg rangup. Perasa dengan garam gula. Serius sedap gila. Banyak bende i belajar dengan makcik ni. Banyakkkkk sangat. Rindu juga dengan dia. Tapi dengan anak dia sikit pon tak. Hihi. Penat i buat tutorial ni, jangan lupa Cuba tauuuuuuuuuu!!  Gerenti lepas u pandai buat bubur lambuk ni lalu depan stall Justin Bubur di Bazaar Ramadhan sebelah mata je pon ta sudi pandang. Hihi. Wassalam

Sunday, July 24, 2011

Aglio Olio Pasta

Hai, bertemu lagi kita di Sabya Kitchen!!! Bagaimana dengan resepi minggu lepas, kawan kawan dah cuba ke belum?? Haa resepi ta sedap?? Bukan salah resepi tu, ni mesti kawan kawan keliru mana satu garam mana satu gula kan...baik mengaku!! Hehe, BERANGAN na jadi Rachel Ray. Maklumlah AFC tengah buat open casting celebrity chef. Haizz ta serik lagi tu lepas kena tendang dari Masterchef arituh. HAHA. Okeyla hari ni na share ngan korang resepi yang aku selalu masak di waktu malas, miskin & lapar. Walaupun berbunyi sedikit glamer, Aglio Olio nama diberi tapi trust me resepi ni sap soi je dan boleh siap dengan 5 langkah mudah. Masak megi kari telur pon lagi lama tau. Aglio Olio ni pon dah menjadi kegemaran BFF aku. Siap kol tengah malam, tanya resepi. Hehe. Walaupun simple, tapi ia sangat sedap dan ta memuakkan. Sangat sesuai bagi mereka yg mengamalkan gaya hidup sihat mahupun vegetarian!! Bagi kami yang karnivor ni, daging sembelih kena ada. Hehe



Sebarang Pasta
Olive oil
Chopped garlic
Mushroom (Herbivor) /Chicken (Karnivor) / Seafood (Omnivor??)
Diced Tomato
Parsley/Celery
Cili Padi Merah (untuk hantu pedas)
Crushed black pepper

*on bold itu adalah main ingredients. 4 barang ni kalo ader da kira olio da. Yang lain tu optional sebagai pelakon tambahan sahaja


Ini saya masak untuk portion sorang. Buh Olive oil. Saute crushed garlic sampai wangi.


Masukkan cendawan atau ayam. Saute lagi


Masukkan tomato, kemudian campak masuk sayuran hijau buat penyedap mata memandang. Biasa omputeh letak parsley/celery. Orang melayu boleh letak hirisan cili padi jika suka. Kemudian perasakan dengan garam. Kalau ta letak garam, tawar cewer pulak nanti.


Masukkan pasta. Saya suku guna Spagetti n1 untuk Aglio Olio. Ini nota penting. Untuk lebih sedap, moist dan thicken the olio in natural way, rebus pasta tos air sap sap soi dan terus tuang masuk pasta dalam rencah tadi. Reserved 5% of the excess water dari rebusan pasta tadi and tuang dalam rencah olio bersama dengan pasta. Means jangan tos sampai kering kontang. Kita bukan na Olio berkuah, just nice to moisten it. Paham ta?? Sila buat buat paham.


Semburkan crushed black pepper sesedap rasa. Boleh perah sedikit lemon juga time ni kalau anda jenis kuat masam. Saya ta minat ohhh



Selepas kita main campak-campak sume barang tadi dalam kuali yang panas tadi. Ta sampai 2 minit. Gini la rupenye dalam kuali. Gaul 5 saat.


Bon Appetite Senorita ;) Aduihh lapar la pulak, na Olio se-round lagi la.... Happy cooking!!

Wednesday, July 13, 2011

Spaghetti Bolognese

Spaghetti Bolognese. Ada banyak kenangan disebalik menu ini. Sejak menjanda ni, dah setahun aku ta masak benda ni. Kalau kat kedai, na order spaghetti bolognese ni memang pikir 5x sebab kebanyakannya ta sedap, mahal je lebih. Puas hati lagi buat sendiri. Bahan pon ta lokek. Dulu aku selalu masak bende ni, read my lips. SELALU. Kadang2 sedap, kadang2 ta sedap tgk pada kadar keikhlasan. Serius ohh masak kena ada rasa ikhlas & passion. Baru sedap. Na super kick sedap kena ada flavor cinta, komfem 5x tambah. Ta tipu. Ta caya cuba try masak ni utk boyf/gurlf/suami/isteri korg, mesti bunga bunga cinta tu buat rasa die bertambah menendang. Cuba suh masak untuk jamuan kelas akhir tahun yang korang dipaksa rela untuk datang pastu cikgu wajibkan korang bawak makanan yg dimasak sendiri pulak tu. Walaupun bahan sama tapi rasa dia mesti ta sedap. Oke perbandingan yang tidak wajar. Bye.




Spagehetti n1/angel hair
Olive Oil
Garlic
Shallots
Chopped Tomatoes
Celery
Carrot
Minced Beef
Tomato Puree
Chilli Powder
Oregano


Goreng minced beef tanpa minyak. Sebab daging akan keluarkan minyak die sendiri. Bila daging da tuka kaler dari merah ke coklat and air da kering. Dah masak. Angkat. Asingkan dulu.


Dalam kuali yang sama. Buh olive oil. Tumis chopped Shallots & Garlic. Resepi ni, lagi banyak garlic lagi sedap because garlic dengan olive oil besfren. Tumis sampai satu rumah bau bawang goreng.


Masukkan diced celery dgn carrot. Potong dadu kecil2 ikut same size dgn minced beef. Jadi bila makan carrot pon terasa cam daging. Ratio campuran sayur adalah sama dengan ratio daging. Kalau ada food processor lagi senang. Saya tade. Jadi manual potong dadu carrot sampai lenguh tangan pasal na kasi size same.


Orang melayu yang suka pedas sila buh serbuk cili. Kuantiti ikut suka dan ketahanan pedas anda. Tapi kalau da sampai buh 5 senduk tu, tayah buat bolognese la baik buat sambal tumis. Saya buh dalam 2 camca.


Ini bahan paling penting. Sebenarnya saya selalu buat bolognese pakai fresh tomatoes. Tapi sekarang ni susah na cari fresh tomatoes yg berkualiti kat Msia ni. Sumanya masam2, jarang na jumpa imported tomato yg fresh & manis. Ta caya pegi makan imported tomato salad kat Subway compared dengan cameron tomato salad Nasi Ayam Kak Bedah. Nanti awak faham la, tomato local & imported ni rasa die berbeza. Sebab tu susah2 sgt na cari tomato ni, kita pakai canned tomatoes. Ini tomato segar tapi da ditinkan. Saya ta penah guna preggo or any other instant bolognese sauce. Trust me, u dont want to know brapa kepuk preservatives, garam & gula dorg letak kat instant sauce tu untuk balanced the sourness. Ade orang guna sos tomato buat bolognese. Sumpah resepi cani adalah yang paling sesat.


Masukkan minced beef yang dah masak tadi dalam kuah bolognese. Kalau suka bole masuk cendawan & sosej time ni. Saya lebur ape yg ade dlm esbok je.


Masukkan 1 sudu tomato Puree. Untuk rasa yg lebih kick & color purpose.


Perasakan bolognese sauce tu dgn garam & gula. I used honey instead of sugar. Bila masak ape2 yang berkaitan dengan tomato mesti na kena balas acid tersebut dengan gula supaya rasa dia boleh balance. Thats why cooking is a part of science. Sebab tu i dont intend to use instant sauce, u never knew berapa gelen artificial preservatives & gula dorg buh. Kalau guna fresh tomatoes,u can control the comsumption of sugar. Tapi mmg gula kena lebih sikit to cut the sour acid. Tapi saya guna honey, so tadela rasa bersalah sgt kalo buh byk. This is the crucial part, use your tastebud. Ade org pandai msk bukan sebab die terer tapi sebab deria rasa dia hebat jadi dia pandai garam gulakan makanan secukup rasa.


Dash in oregano powder. Ini yang paling basic la utk kita org Msia supaya ade Italian touch sedikit disitu. Kalo duk obersee mewah dengan herbs, bolela na campak, bay leaves, tymes, parsley & dill sume sesedap rasa


Masukkn sedikit air jika sauce terlalu pekat dan didihkan dalam api yang perlahan dalam 45mins-sejam. Lagi lama lagi sedap. Bolela basuh baju, sidai baju, tgk sinetron dulu time ni. Ini supaya tomato hancur & rasa semua sebati dgn minced beef & sayur.


Bila kaler dia dah cantik camni, kuah dah pekat & rasa da menepati selera boleh tutup api.


Hidangkan bolognese sauce dengan spaghetti. Amboi, ta kan rebus spageti pon na kena ajar?? Boleh tabur parmesan cheese kat atas kalau suka. Na exotic lagi tabur mozarella, masuk oven 3mins. Pergh meliur. Kuah yang belen2 tu boleh masuk bekas kedap udara & frozenkan. Panaskan bila suka. Basic bolognese sauce ni macam2 bole buat, bole buat Lasagna, baked spaghetti, pie, chilli dipping, bumbu spaghetti goreng & macam2 lagila. Selamat mencuba!!

Tuesday, May 24, 2011

Moist Chocolate Cake

Sebagai karnivor, aku ta banyak favorite dessert. Tapi on top of the list, FAMOS AMOS la. Purata aku beli famos amos adalah at least seminggu sekali. Na buat famos amos sendiri mmg ta dan la. Aku da byk kali try tapi ta penah nye menjadi. Ta penah sama rasa dia. Aku suspect Famos Amos letak ubat guna-guna Wak Tharatiwat la, tu yg sedap semacam tu. Oke bidaah. Sebenarnya na bitau, kelemahan aku adalah Famos Amos. Sebab tu ex-boypereng aku sume sampai naik miskin asyik beli Famos Amos kalau na ambil hati aku. Oke bakal suami masa hadapan yang ta diketahui siapa, sila ambil perhatian. Out of the topic. Disebabkan aku ta reti na buat Famos Amos cookies. Aku na revealed dessert kedua kesukaan aku. Moist Choc Cake. Yang ini aku reti buat. So far aku rasa this is the simple and the best recipe. If you are a fan of a very very very moistttttttt chocolate cake. You might want to try this out :)


Firstly combine all the dry ingredients. 2 cups of flour. Kita guna tepung ringan Blue Key. Confirm gebu kek you!! Tapi kalau pakai tepung gandum pon oke jugak. But make sure ayak dulu. Tamo malas ok


Dalam tepung tadi, masukkan 1 teaspoon of Soda Bika

Followed by 1 teaspoon of Baking Powder. Oke bahasa aku rojak. Haipp sensitif siaa bab2 rojak ni.... hurm... bahasa Manglish. Harap faham

Dry ingredients yang terakhir adalah 3/4 cup of serbuk koko
Ini rupanya dry ingredients tadi. So just kacau aduk supaya bercampur. Masukkan 1 teaspoon garam time ni kalau anda guna minyak. Kita guna butter for this recipe. Butter adalah masin. So i skip the garam part. But if u use oil, u kena letak garam oke. wajib. bye

Kita suke part ni. kacau kacau kacau. motif tiada. cuma na kasi sume bahan bercampur je. Pastu letak kat bawah tudung saji dulu.

Here comes to the fun part. Wet ingredients untuk dijadikan batter. First skali masukkan 2 cup of castor sugar dalam mixing bowl. oke kita tau gula adalah kering. Tapi untuk wet ingredients ni mmg kne start dengan gula.

This is very important. Add on 1 cup of butter/oil into the sugar. Aku rasa semua orang akan guna oil instead of butter. Sebab oil murah and stok sentiasa ada di dapur. Lemme explain, did u know the difference between kek yang sedap and tidak? Kek yang sedap adalah kek yang pakai butter. Lagi mahal butter tu lagi sedap. Ini bukan bidaah. Begitu jugak biskut raya, biskut yang murah, adalah biskut yang pakai marjerin. Marjerin adalah minyak sawit. Butter adalah diperbuat dari susu. Kalau pergi kedai mesti na beli biskut & kek yang murah tapi tatau yang mahal tu mahal bersebab. Sebab jauh lebih sedap and berkualiti. Perbezaan rasa biskut and kek yang pakai butter berbanding minyak adalah sangat ketara. Tolong faham konsep. Sharing is caring :)

Masukkan 2 biji telur gred A. Buat kek kena memang pakai telur bersaiz besar. KEMUDIAN PERHATIAN, masukkan 1 cup of milk. Aku lupa na amek gambar susu itu. So sila masukkan sekali ye.

1 teaspoon of esen vanila. Buat penyedap rasa and bau. Kalau ta letak ni macam makan sambal belacan ta letak belacan. Serius.

Godek. Godek. Godek. High speed. Sampai jadi batter. Jangan lame sgt. Cukup sekadar bahan tu sebati. Kalau lama, kek akan jadi bantat or keras. So sekadar sebati oke. Ini fakta.

Ingat ta dry ingredients bawah tudung saji tadi? Oke sekarang bole campukan dry ingridients tersebut dalam wet batter kita. Masuk pelan2 and gaul. This part, pakai spatula pon bole tayah pakai mixer. Sebab kek kalo kita hasty mix sangat dia akan jadi keras. Oke da 5x ulang.

Gaul pelan2 asal nampak sebati je

Lebey kurang rupanya dah hitam manis menawan berkilat camni. dah oke. tayah gatal tangan kacau 8 round lagi.

Sediakan baking tray. Letas kertas. Sapukan sikit minyak/butter kat baking tray supaya kek ta lekat & senang kuarkan nanti. Tuang adunan tadi dalam baking tray. Part yang paling ditunggu. Jilat spatula and mixing bowl yang ada sisa batter. sedap wooo. Oke buruk perangai.

Almost there... Masuk dalam oven & bakar sampai masak. Senang je, sesekali cucuk dengan garpu. Kalau kua bersih means dah kering. Kering= Dah Masak.

Apakah chocolate cake tanpa ganache nye. Guna teknik double-boiler. Air kat periuk bawak mendidih. Masukkan lagi satu periuk dalam air mendidih. Letak vanhauten/hersheys or any other cooking chocolate, mix with butter, milk & sugar. Bring it to boil. Dah cair. tutup api. sejukkan. Pastu mandikan atas kek. Fuhhhhh heaven!!!

Walaupun sedikit hodoh, tapi sedap!!! Usaha tangga kejayaan. Sekian. Happy trying :)