Assalamualaikum w.b.t. Ehem ehem bulan Ramadhan ni haruslah sopan sikit lebih. Awak puasa tak? Harap tadelah yang azan awal ye... hihi.... Hari ni kita tetibe kita rajin nak buat tutorial masak untuk sabya's kitchen. Oke tipu. Sebenarnya kita ada majlis berbuka tapi kita tana pegi sebab ta kenan sangat ngan client tu. Bajet nak keluar buka dengan kengkawan sume bz. Sob. Balik rumah tade orang, parents pon buka luar. Sob sob. Buka fridge, kosong je. Meraung trus sob sob sob. Nak start enjin keta keluar balik redah jem pegi bazaar memang takla...... sebab dah penat baru balik keje. True Story. Sad. So datanglah seru rajin untuk masak. Ironik dekat Sabya's Kitchen ni i akan masak bende yang i biasa masak je. Macam bubur lambuk ni i memang selalu masak. Sebab i suka makan. I akan masak benda yang i suka makan. Simple theory.Ini resipi dari bonda yang i dah start buat sejak i form 4 kot. So daripada kau beratur 2jam depan masjid kampung baru tu baik buat sendiri kat rumah, 45mins dah siap. Dijamin sedap! Personally i dah penah rasa bubur lambuk kg.baru, and until today i wonder kesian kenapalah orang sanggup beratur begitu lama.. The taste is nothing to shout out pon. Saban tahun i rasa makin lama makin cair makin tasteless. Ini my personal opinion la. Tapi usaha masjid tu yang giveaway bubur free setiap tahun adalah satu usaha yang patut dipuji & dipandang tinggi!
Ingredients
1) Beras
2) Bawang merah, Bawang putih, Udang kering yang dah direndam air panas (Tumbuk/Blend)
3) Halia ketuk
4) Daging
5) Carrot
6) Santan
7) lada Hitam
8) Minyak Sapi
Masak bubur kosong. Macam yg i buat ni cuma segenggam beras & banyakkkkkkkk air. Masak sampai kembang & jadi bubur. Seriously i assumed semua orang tau buat bubur kosong. Oke kalau tatau pon tolonglah pura-pura tau. Bubur yang sedap adalah bubur yang kembang hancur means dah tade rupa butir2 nasi.Ohh Getit
Dalam bubur kosong tadi masukkan daging & halia yang dah diketuk. Kalau u suka ayam letaklah ayam. Paling legend, sila letak daging tetel. Unhealthy i know. Tapi bende yang tak menyihatkan selalu memang sedap pon. Ehh
Tumbuk bawang merah, bawang putih & udang kering. Jangan lupa rendam udang kering ni dalam air panas dulu. Bia dia kembang lembut & bersih baru tumbuk dengan bawang tau.
Panaskan pan dengan 1 sudu besar minyak sapi. Please guna minyak sapi. Kalau guna minyak biasa, sumpah rasa dia trus OUT. Serious tak tipu.
Masukkan bawang & udang kering yang dah tumbuk tadi dalam minyak sapi panas. Tumis darat sampai brownish.
Masukkan bahan yang dah ditumis darat tadi ke dalam bubur yang tengah menggelegak itu.Time ni bajet carrot dah lembut la.
Masukkan santan. Contoh i masak segenggam je beras so i masuk 1/4santan. Kalau i masak 1 cup beras i akan masuk 1 biji santan. Tayah banyak sangat pon. Ikut selera. Lepas masuk santan trus kaler dia bertukar transformer.
Last sekali few pinch of salt/garam. Bring to boil & Ready to serve.
0 comments:
Post a Comment