Awak tahu tak apa itu sedih? Sejauh mana daya upaya seseorang untuk tahan sedih. Berapa desibel sedih yang seseorang boleh tahan dalam satu satu masa? Adakah sedih boleh diukur dari berapa banyak air mata yang mengalir? Apa punca sedih? Apa masalah yang paling menyedihkan dalam dunia ni? Adakah hidup awak lebih sedih dari orang lain?
Awak tahu tak orang yang paling kaya adalah orang yang bahagia? Awak ingat hidup jutawan tu bahagia ke? Jadi artis terkenal dunia itu bahagia? Berapa ramai superstar mati sebab dadah, telan pil tidur & bunuh diri? Tak terkira.
Bila rasa sedih saya selalu reverse psychology yang ada banyak lagi orang lagi sedih dari saya. Jadi hidup saya tadelah sedih mana. Dalam menjaga hati diri sendiri selalu kena bersifat egois. Kemudian saya kembali jalani hidup saya dengan aktiviti-aktiviti ceria. Senyum je walau hati dah tatau rabak mana.
Nota kaki: Pernah tak awak rasa sedih yang amat tepu sampai dah tatau na luah bagaimana?
2 comments:
be strong kakak :(
kadang-kadang sedih itu perlu untuk kita menghadapi rintangan yang lebih besar.. :)
Post a Comment