CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 7, 2013

#Pray For Lahad Datu


Tentera sulu itu MUSLIM. Mereka tiada negara. Kerajaan Filipina sendiri tidak mengiktiraf keturunan mereka. Perjuangan mereka hanya berlaku di sekitar kepulauan sulu dan dipandang sepi oleh masyarakat dunia. Bahkan sebagai orang islam yang terpencil di Mindanao mereka juga sering ditindas. Itulah nasib mereka. 

Disebabkan itu pihak keselamatan Malaysia telah melakukan rundingan demi rundingan bagi mengelakkan pertumpahan darah dan ingin menyelesaikan masalah secara diplomasi kerana tidak tegar berbunuhan sesama islam. Setelah 8 orang anggota polis terkorban, barulah ATM digabungkan dengan PDRM. Salah satu daripada pelaksanaan blue ocean strategy.

 Ramai yang kata pertahanan Malaysia lembab? Apa yang anda tahu tentang dasar dalam & luar negara? Sila buka buku sejarah dulu dan belajar tentang hubungan diplomatik antarabangsa. Kalau boleh tolong bukabuku Geografi sekali. Jangan ingat askar dekat malaysia ni semua duduk goyang kaki tidur je. Anda askar ke? Pernah bertempur? Pernah jaga negara? Pernah ambil kisah ke tugas diaorg? Pernah fikir ke scope kerja diorg? Cuba pegang senapang & berjaga siang malam di sempadan negara tengok. Sekarang tahun 2013 bukan tahun 1813 nak terus serang je. 

Di saat negara sedang bergelut dengan pengganas, ramai yang masih menghambur kata cerca nista. Paling mentaliti rendah boleh mempolitikkan isu ini pula. Jujur sedikit sebanyak saya terasa sebab bapa saya juga adalah antara tulang belakang pertahanan negara dan melihat dia bekerja siang dan malam untuk negara tapi ada siapa peduli ke? Al-fatihah untuk pejuang negara. Andalah wira kami. Ramai yang sering panggil polis sebagai anjing kerajaan  tetapi di saat negara terancam, polis lah yang berada di barisan hadapan. Anda yang mengutuk di mana? 

Nota Kaki : Ada sebab mengapa polis dan bukan askar. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.

0 comments: