Bismillah. Semalam kita dah langsaikan satu wishlist dalam hidup. Nak masuk pertandingan memasak. Hehe. Walaupun grand prize adalah MYR 100k, intention bukan nak menang sangat pon, tapi nak cuba benda baru & dapat pengalaman baru. And yes i did!! Out of the nerves i really had fun!!! I heard that Masterchef ni sangatlah popular di luar negara. Tapi sumpah ta pernah tengok rancangan ni, baik Masterchef UK or Masterchef Australia or Junior Masterchef. First time aku tengok pon semalam, itupon masa tengah menggeletar isi borang kat bilik menunggu diorang pasang Masterchef Australia kat skrin besar.
Lepas tu kena interview, macam2 dia tanya. Yang penting siapa yang ada kena mengena dgn industri makanan taley masuk. Chef ke, keje restoran ke, keje kat warung pat mat ke, buat catering kampung ke, budak kulinari ke, bukak kelas blaja buat kek ke, Mak Mah jual Nasi Lemak kat tepi jalan pon diorang reject. Masa tgh isi borang aku dah cuak, kena sign kontrak, one of the terms are kalau dapat jadi finalist kena duduk dalam akademi selama 5 bulan. Gila kentang lama. And kontrak tu setebal 7 page.
Lepas isi borang masuk bilik pertama. Sebab die buat kat KDU, so ini macam hall dorang la. Agak besar. Kat sini la yang paling best. Macam-macam aksi sebab kita dapat tgk sementara tunggu giliran utk sediakan makanan kita. So sambil tunggu turn, dapatlah tgk orang lain serve. Die ikut batch. Sekali masak 6 orang. And kami diberi masa 5 MINIT SAHAJA. Sampai giliran aku. Oke harini aku buat Shepherd Pie. Masa tgh na panaskan pie, & decorate tu sume, time nila aku betul2 rasa the heat of the camera. Kalau kau biasa tgk cooking reality show, sebenarnya dalam set tu ade 4 videoman. and tah berapa cameraman. Cuak gile bila kau tgh masak & 2 cameraman kiri kanan depan fokus muka kau.
Yang paling kelakar minit ke 4, mamat yang betul2 sebelah aku, makanan die hangit dalam oven. Aku pon panik tgk asap berkepu-kepul. Die lagilah panik kan.... Terus aku dengar floor manager tu suruh videoman amek gambar die yang tengah panik abes tu... Kesian jugak, tapi itulah reality show kan... Bab drama2 ni mmg lagilah org suka capture kan... Aku bajet, confirm astro akan siarkan moment ni. Makanan die pon langsung hangus. Aku sampai ta dapat detect apa yg die masak sebab mmg dah hitam legam. Dah puas menyebok intai dapur sebelah, aku pon fokus balik kat makanan aku. Orang lain siap buat bunga tomato, kapal garuda nenas, timun naga segala bagai. Aku punya decoration simple je. Sehelai daun rosemary atas shepherd pie aku. Thats it. Because i believe less is more :)
Pastu sesi amek gambar. Amek gambar potret dengan masakan masing2. Aku rasa aku paling lama, dengan posing bagai. 5 lelaki amek gambar kau, fuhh... perasan artis kejap... Tapi mmg aku paling lama. Haizz.... aku langsung ta amek gmbr time audition ni sbb diorang ta kasi bawak camera :( Kalau gambar aku ade di-tagged kat fb. Nanti kita share disini ye. But seriously aku paling enjoy moment amek gambar ni. HEHE
Next, kami dibawa masuk bilik 2. Sekali masuk, 6 orang. Sesi food testing dengan 3 juri. Before 3 orang chef ni rasa masakan kau. Kau kena present 2 minit untuk terangakn apa yang kau masak macam na menjual makanan tersebut. Yang paling kesian mamat sebelah aku nila, yang masak sampai hangus tadi. Die masuk dengan makanan die kalaer hitam sebesar syiling 50sen yang ta dapat dikenal pasti apa. Bila die present baru aku tau, itu mozarella rupanya, cheese patutla masuk oven panas sgt trus jadi keropok arang. Adoii.. kesian dia. Chef juri 3 orang ni dah tua selalu jugak nmpk kuar tv tapi aku ta pasti nama dorang apa. Lepas abes 6 orang present. Chef pon komen satu2. Turn aku, Die kata shepherd pie ni unik, sangat inovasi and tiga2 chef suka. So out of 6 orang tu, die pilih 2 je. Shepherd pie aku n rojak seorang makcik india ni. Alhamdulliah. Macam ta caya. Sebab dalam beribu orang datang memang ta ramai yang dapat lepas stage ni.
Kemudian dibawa ke bilik 3. Wahhh aku dah cuak gila, kesian tgk kawan2 baru sume balik dengan muka hampa. Untuk sampai ke bilik 3 ni memang susah. Sebab sepanjang aku menunggu kat luar dari pagi, daripada beribu orang baru beberapa orang aku nmpak masuk bilik 3. Ta sampai 10 orang kot. So tahap neves aku dah tahap dewa kuasa 5 lah kan masa tunggu sorang2 kat luar bilik 3 tu. Lepas dipanggil masuk. Aku kne diri dalam 1 kotak. Depan ada 3 juri. 2 lighting. And tah brapa kamera. Lebih kurang setting ujibakat AF. Part nila yang aku failed. Die bagi 10 minit ceritakan pasal diri sendiri yang boleh memikat hati juri. Demmm im a boring person who leads a boring life................... Ape je yang aku na cite???? Pastu aku da neves... kaki meliar keluar kotak. Sampai abang cameraman tegur. Pastu juri tanya soalan itu ini. Last skali dorang tanya aku soalan yang aku rasa terlalu privasi. Aku tana jawab. Pastu aku rasa mesti dorang dah bosan tgk aku kan. Dah la tergagap neves, berpeluh-peluh, ta friendly plak tu. HAHA. Terus aku dapat 2 NO kat bilik 3 tu. Hadoii padahal selangkah je lagi tuk pegi camp semi-final. Anyways 3 orang juri tu ada mintak address blog sabyastory ni. Dear juries, if you happen to read this, i had a real fun at Masterchef!!!!! To bad that i cannot make it to the final academy but the unforgettable experience that counts :) Thanks a lot :)
Itulah pengalaman manis aku yang berjaya overcome aku punye fright barrier and pegi audition reality shows sorang2. Seriously it tooks a lot of courage for me to go. Walaupun sampai stage 3 je, i ta sedih langsung because i had a real fun and it was the best experience ever. Walaupun gagal, Most importantly aku ta akan berhenti memasak malah sekarang aku in the process ligat and berkobar-kobar na beli barang2 kek and na blaja baking pulak!!! Hehe aku masak sebab passion bukan na jadi artis so ta kesahlah kalau aku ni mmg stage fright n ta pandai bercakap depan camera at least aku dapat 3 YES dari chef masa ujian foodtesting:)
Dont forget to watch this amazing MasterChef Malaysia at Astro Ria this coming October!!
Nota Kaki: Life is short, live up to your passion :)
0 comments:
Post a Comment