Sebagai karnivor, aku ta banyak favorite dessert. Tapi on top of the list, FAMOS AMOS la. Purata aku beli famos amos adalah at least seminggu sekali. Na buat famos amos sendiri mmg ta dan la. Aku da byk kali try tapi ta penah nye menjadi. Ta penah sama rasa dia. Aku suspect Famos Amos letak ubat guna-guna Wak Tharatiwat la, tu yg sedap semacam tu. Oke bidaah. Sebenarnya na bitau, kelemahan aku adalah Famos Amos. Sebab tu ex-boypereng aku sume sampai naik miskin asyik beli Famos Amos kalau na ambil hati aku. Oke bakal suami masa hadapan yang ta diketahui siapa, sila ambil perhatian. Out of the topic. Disebabkan aku ta reti na buat Famos Amos cookies. Aku na revealed dessert kedua kesukaan aku. Moist Choc Cake. Yang ini aku reti buat. So far aku rasa this is the simple and the best recipe. If you are a fan of a very very very moistttttttt chocolate cake. You might want to try this out :)
Firstly combine all the dry ingredients. 2 cups of flour. Kita guna tepung ringan Blue Key. Confirm gebu kek you!! Tapi kalau pakai tepung gandum pon oke jugak. But make sure ayak dulu. Tamo malas ok
Followed by 1 teaspoon of Baking Powder. Oke bahasa aku rojak. Haipp sensitif siaa bab2 rojak ni.... hurm... bahasa Manglish. Harap faham
Dry ingredients yang terakhir adalah 3/4 cup of serbuk koko
Ini rupanya dry ingredients tadi. So just kacau aduk supaya bercampur. Masukkan 1 teaspoon garam time ni kalau anda guna minyak. Kita guna butter for this recipe. Butter adalah masin. So i skip the garam part. But if u use oil, u kena letak garam oke. wajib. bye
Kita suke part ni. kacau kacau kacau. motif tiada. cuma na kasi sume bahan bercampur je. Pastu letak kat bawah tudung saji dulu.
Here comes to the fun part. Wet ingredients untuk dijadikan batter. First skali masukkan 2 cup of castor sugar dalam mixing bowl. oke kita tau gula adalah kering. Tapi untuk wet ingredients ni mmg kne start dengan gula.
This is very important. Add on 1 cup of butter/oil into the sugar. Aku rasa semua orang akan guna oil instead of butter. Sebab oil murah and stok sentiasa ada di dapur. Lemme explain, did u know the difference between kek yang sedap and tidak? Kek yang sedap adalah kek yang pakai butter. Lagi mahal butter tu lagi sedap. Ini bukan bidaah. Begitu jugak biskut raya, biskut yang murah, adalah biskut yang pakai marjerin. Marjerin adalah minyak sawit. Butter adalah diperbuat dari susu. Kalau pergi kedai mesti na beli biskut & kek yang murah tapi tatau yang mahal tu mahal bersebab. Sebab jauh lebih sedap and berkualiti. Perbezaan rasa biskut and kek yang pakai butter berbanding minyak adalah sangat ketara. Tolong faham konsep. Sharing is caring :)
Masukkan 2 biji telur gred A. Buat kek kena memang pakai telur bersaiz besar. KEMUDIAN PERHATIAN, masukkan 1 cup of milk. Aku lupa na amek gambar susu itu. So sila masukkan sekali ye.
1 teaspoon of esen vanila. Buat penyedap rasa and bau. Kalau ta letak ni macam makan sambal belacan ta letak belacan. Serius.
Godek. Godek. Godek. High speed. Sampai jadi batter. Jangan lame sgt. Cukup sekadar bahan tu sebati. Kalau lama, kek akan jadi bantat or keras. So sekadar sebati oke. Ini fakta.
Ingat ta dry ingredients bawah tudung saji tadi? Oke sekarang bole campukan dry ingridients tersebut dalam wet batter kita. Masuk pelan2 and gaul. This part, pakai spatula pon bole tayah pakai mixer. Sebab kek kalo kita hasty mix sangat dia akan jadi keras. Oke da 5x ulang.
Lebey kurang rupanya dah hitam manis menawan berkilat camni. dah oke. tayah gatal tangan kacau 8 round lagi.
Sediakan baking tray. Letas kertas. Sapukan sikit minyak/butter kat baking tray supaya kek ta lekat & senang kuarkan nanti. Tuang adunan tadi dalam baking tray. Part yang paling ditunggu. Jilat spatula and mixing bowl yang ada sisa batter. sedap wooo. Oke buruk perangai.
Almost there... Masuk dalam oven & bakar sampai masak. Senang je, sesekali cucuk dengan garpu. Kalau kua bersih means dah kering. Kering= Dah Masak.
Apakah chocolate cake tanpa ganache nye. Guna teknik double-boiler. Air kat periuk bawak mendidih. Masukkan lagi satu periuk dalam air mendidih. Letak vanhauten/hersheys or any other cooking chocolate, mix with butter, milk & sugar. Bring it to boil. Dah cair. tutup api. sejukkan. Pastu mandikan atas kek. Fuhhhhh heaven!!!
0 comments:
Post a Comment