CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 5, 2011

Stalker Kipas Tak Mati

Lupakan mengenai drama sebabak petang tadi. Bak kata Adit, jangan buang masa layan orang begitu. Perihal fb, ramai pula yang add aku lately. Ada 75 friend request yang aku ta pasti siapa. Sila bagi mesej sebelum add. Aku ta sombong, i just dont entertain strangers. Aku ta perlukan beribu kawan asal yang sikit ini boleh dibawa hingga mati. Aku hanya akan approve orang yang Ikhlas bukan yang mempunyai agenda kampung yang busuk. TQVM.


Anyways aku baru beli 2 novel dekat book fair tadi. Never Let Me go & A Walk to Remember. Dah lama ta baca novel, aku rasa dah sampai seru aku untuk polish english yang dah berkarat ni. Sebenarnya baca novel ni lagi tebal lagi bagus, banyak vocab yang kita boleh belajar. Aku belajar dari pengalaman. Sebenarnya English itu senang. Lagi senang dari Bahasa Melayu. Aku dapat A1 untk English and B4 untuk Bahasa Melayu masa SPM. Entahlah sampai sekarang aku pon ta faham kenapa BM aku teruk. Mungkin aku patut start baca novel Debu Kasih Anjasmoro atau Fatamorgana Di Hujung Tanduk pulak??? Entahlah bagi free pon aku ta baca kot.

Tahniah dekat kawan2 yang dah dapat keje. Aku masih dalam mood holiday lagi. Ada cuma pegi 2 interview call walaupun sumpah dalam hati aku ta ready lagi untuk masuk alam pekerjaan. Ada sekali tu, aku pegi Interview kat PJ, interviewer dia sejenis Mat Salleh NZ. Ada 2 stage interview. Aku da lepas 2 phase pastu dia kate oke we need an immediate starter, you can start tomorrow. Aku cakap aku bole start July je. Then mat salleh tu tanya Reason? Aku cakap, this is too soon for me, i need a break first. Terjegil biji mata dia. Then dia cakap we'll call you. So sekarang aku pon tatau apa status keje tu. Tapi ta kesahlah, bagi aku rezeki tu ada di mana-mana. Aku tadela demand sangat cuma belum ready. At least tunggu sampai result degree keluar baru aku serius na jobhunting kot??

Bercakap pasal kerja, parents aku bagi greenlight kalau na keje kat obersea *evil grins. Bekerja diluar negara bukan masalah kurang patriotik oke. Bagi aku masa muda ni la na experience new things, explore world, keje macam lembu & cari duit banyak2?? So shall wait & see. Hendak seribu daya. Mana la tau aku betul2 berjodoh dengan org Aussie ke. Masin mulut kawan2 aku. Hehe PM pon bakal berbesan dengan orang Khazakhstan tau bapak aku baru bagi berita pisang goreng panas ni tadi. Anak pompuan PM bakal mengakhiri zaman bujang dia tak lama lagi, dgn orang Khazakhstan pulak tu. Parents aku open minded, rasanya tade masalah kalau aku na kawen ngan orang Aussie. Masalahnya sekarang ni, org aussie na ke kawen ngan aku??? HAHA

Oke bercakap pasal holiday. There are so many places in mind. Cume aku terpaksa postponed sebab cuti sekolah. Demm!!! Semua hotel fully book & rege bilik naik double triple pulak tu. But the good news is next week, aku akan start pegi holiday!!! Woot woot parents aku pegi Rome, so aku pon ikut pergi bercuti sekali, tapi bukan ikut pegi Rome... hahaha aku cuti2 yang murah je... Mana mampu... Yang penting aku cuti pakai duit titik peluh sendiri oke. Aku bukan jenis bangsa yang tau abeskan duit mak ayah je. Lokasi percutian???? Tungggu................ :)

Lately ni aku dah naik cuak dengar pasal isu video muzik Gambit yang konon international level lucah dan menghairahkan itu. Lagi satu cerita pasal blog adinda evans, bdk 14thn yang mengaku tak virgin. Tolonglah. Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi. Anyways ada satu benda yang aku na share dengan korang. Aku pendengar Fly FM yang tegar. Sesekali bukak Hot FM, tetibe terdengar suara lunak ni. Terus aku mood lesbian jatuh cinta pada pendengaran pertama. Aku makin jatuh cinta terus tersungkur bila dengar dia cover Jar of Hearts. Anda boleh search You Tube untuk dengar kesemua single & cover dia. Introducing, Najwa Latif :)



Nota kaki: Stalker kipas tak mati tu macam lalat/langau, cemana kau cuba bunuh pon dia akan masih berkeliran melangau lagi. Meluat kan.

0 comments: