Oh My Louis Vuitton, sedikit sibuk beberapa hari kebelakangan ini. Menjadi babysitter kepada sgmk. Rutin biasa kalau cuti sekolah. Pagi petang siang malam asyik fikir na kasi dia makan apa. Na pegi jimba kat Mall mane. Budak MRSM, asal cuti sekolah ada je kerja kursus cekgu na kasi, homework tu standard skola cina la, skali bagi minimum 5 buku latihan. Kadang-kadang aku pon ikut sama tolong dia buat homework. Paling wajib setiap kali buat kerja kursus, cover, decoration, penghargaan tu semua aku lah yang kena buat. Kadang-kadang confuse jugak sape yang skola sbnrnya ni?
Sgmk tu dari kecil, Aku yang masak, aku yg gosok baju dia, aku yg antar pg blk skola, aku yg bwk pg main, hari sukan skola dia aku yang jadi cheerleader, Hari terbuka pon muka aku yang amek report card dia, dia kena buli aku jugak yang pergi maki budak jahat tu, macam2... Mak ayah sibuk.. Pendek kata aku jela yang asyik berleter ke dia.. Sebab aku na dia jadi manusia.. Alhamdulillah pintar sekolahnya.. Aku mmg garang dengan dia... Tapi sbnrnya, aku paling sayang dia. Sebab aku kakak dia adik. Esok dia na balik MRSM da. Aku pulak yang emo. bye.
Disebabkan aku terlalu sibuk dengan kehidupan realiti. Aku lupa yang aku ada isu besar di alam maya. Ta sangka bila on9 tadi, banyak msg masuk di blog & fb. Aku macam terharu gila bila ramai orang yang aku ta kenal bagi msg semangat dekat aku. Whoever you guys are, it is very thoughtful of you, may god bless each and every person of you. To BFF, jangan risau ok, I can handle this silly stuff all by myself, ta perlu na anta sepupu sepapat bala tentera semua untuk maki orang yang buli i, I bole handle sendiri. Sabya kan gagah perkasa :)
Anyways aku anggap semua da settle. Cik Azrim Theguns tu pon da mengaku yang dia adalah sepupu kepada pompuan berkenaan. Apa pon motif pompuan tu anta stalker utk maki aku, I dont give a damn. Aku tana tau & tana ambil tau. Yang penting dia da terjerat dengan perangkap dia sendiri. Gotcha!! Anyways aku rasa Cik Azrim Theguns ni tadela jahat sgt. Semalam dia maki aku. Arini dia pulak yang concern lebih tanya kenapa aku ta update blog. Dia juga hensem dan single. Kpd yg berminat, sila cakap hye kepada dia di fb :) Aku bukan kawan dia. Aku tana kawan dengan dia. Tapi aku rasa ta salah kalo korang na kawan dengan dia kan :)
Nota Kaki: Away for few days... Sabya pergi bercuti ke Pulau Tioman starting tomorrow!!!! Ta sabar na jadi ikan masin pakai shades ;)
0 comments:
Post a Comment