CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 28, 2011

Dear Anep,




Raya lagi 2 hari. Semangat raya kosong. Hati jadi pilu & sedih tengok kawan kawan rapat sakit. Semalam Uzer bagitau Anep kena operate. Anep ni abang kandung aku yang dah lama hilang pastu jumpa balik, haha aku ingat lagi anep guna phrase ni rujuk aku sebagai adik & marah uzer yang da sakitkan hati aku. Uzer pula adalah besfren Anep dari zaman Tora lagi. Tadi aku lawat die kat PPUM dia bole senyum, borak macam biasa & sempat dengki dengki aku lagi padahal, leher da berstapler macam baru lepas kena pancung. Sumpah ngilu ngeri aku tengok. Aku tau dia sakit, tapi dia ta tunjuk langsung. Bahkan dia ta bagitau kawan kawan langsung pasal cancer & operation ni. Kawan kawan dapat tau pon sebab curiga dia mia ta turn up untuk iftar semalam. Secara mendadak Anep disahkan menghidap kanser tiroid. Bayangkan sebaknya bila kau tau kawan yang kau gelak gelak sama selama ni tiba-tiba ade kanser...Sebenarnya aku emosi sebab arwah paklong juga menghidap penyakit yang sama. Kanser adalah satu bende yang akan merebak, walaupun da buang tapi belum tentu sel tu mati. Operation bukan untuk baik tapi untuk melambatkan proses sahaja. Pastu kena kimoterapi. Pastu jadi kurus. Pastu tawakal la ikut daya ketahanan badan. Sedih. kbye.


Nota kaki: My prayers goes out to Hanif speedy recovering. Keep strong abang!

0 comments: