Spaghetti Bolognese. Ada banyak kenangan disebalik menu ini. Sejak menjanda ni, dah setahun aku ta masak benda ni. Kalau kat kedai, na order spaghetti bolognese ni memang pikir 5x sebab kebanyakannya ta sedap, mahal je lebih. Puas hati lagi buat sendiri. Bahan pon ta lokek. Dulu aku selalu masak bende ni, read my lips. SELALU. Kadang2 sedap, kadang2 ta sedap tgk pada kadar keikhlasan. Serius ohh masak kena ada rasa ikhlas & passion. Baru sedap. Na super kick sedap kena ada flavor cinta, komfem 5x tambah. Ta tipu. Ta caya cuba try masak ni utk boyf/gurlf/suami/isteri korg, mesti bunga bunga cinta tu buat rasa die bertambah menendang. Cuba suh masak untuk jamuan kelas akhir tahun yang korang dipaksa rela untuk datang pastu cikgu wajibkan korang bawak makanan yg dimasak sendiri pulak tu. Walaupun bahan sama tapi rasa dia mesti ta sedap. Oke perbandingan yang tidak wajar. Bye.
Spagehetti n1/angel hair
Olive Oil
Garlic
Shallots
Chopped Tomatoes
Celery
Carrot
Minced Beef
Tomato Puree
Chilli Powder
Oregano
Goreng minced beef tanpa minyak. Sebab daging akan keluarkan minyak die sendiri. Bila daging da tuka kaler dari merah ke coklat and air da kering. Dah masak. Angkat. Asingkan dulu.
Dalam kuali yang sama. Buh olive oil. Tumis chopped Shallots & Garlic. Resepi ni, lagi banyak garlic lagi sedap because garlic dengan olive oil besfren. Tumis sampai satu rumah bau bawang goreng.
Masukkan diced celery dgn carrot. Potong dadu kecil2 ikut same size dgn minced beef. Jadi bila makan carrot pon terasa cam daging. Ratio campuran sayur adalah sama dengan ratio daging. Kalau ada food processor lagi senang. Saya tade. Jadi manual potong dadu carrot sampai lenguh tangan pasal na kasi size same.
Orang melayu yang suka pedas sila buh serbuk cili. Kuantiti ikut suka dan ketahanan pedas anda. Tapi kalau da sampai buh 5 senduk tu, tayah buat bolognese la baik buat sambal tumis. Saya buh dalam 2 camca.
Ini bahan paling penting. Sebenarnya saya selalu buat bolognese pakai fresh tomatoes. Tapi sekarang ni susah na cari fresh tomatoes yg berkualiti kat Msia ni. Sumanya masam2, jarang na jumpa imported tomato yg fresh & manis. Ta caya pegi makan imported tomato salad kat Subway compared dengan cameron tomato salad Nasi Ayam Kak Bedah. Nanti awak faham la, tomato local & imported ni rasa die berbeza. Sebab tu susah2 sgt na cari tomato ni, kita pakai canned tomatoes. Ini tomato segar tapi da ditinkan. Saya ta penah guna preggo or any other instant bolognese sauce. Trust me, u dont want to know brapa kepuk preservatives, garam & gula dorg letak kat instant sauce tu untuk balanced the sourness. Ade orang guna sos tomato buat bolognese. Sumpah resepi cani adalah yang paling sesat.
Masukkan minced beef yang dah masak tadi dalam kuah bolognese. Kalau suka bole masuk cendawan & sosej time ni. Saya lebur ape yg ade dlm esbok je.
Masukkan 1 sudu tomato Puree. Untuk rasa yg lebih kick & color purpose.
Perasakan bolognese sauce tu dgn garam & gula. I used honey instead of sugar. Bila masak ape2 yang berkaitan dengan tomato mesti na kena balas acid tersebut dengan gula supaya rasa dia boleh balance. Thats why cooking is a part of science. Sebab tu i dont intend to use instant sauce, u never knew berapa gelen artificial preservatives & gula dorg buh. Kalau guna fresh tomatoes,u can control the comsumption of sugar. Tapi mmg gula kena lebih sikit to cut the sour acid. Tapi saya guna honey, so tadela rasa bersalah sgt kalo buh byk. This is the crucial part, use your tastebud. Ade org pandai msk bukan sebab die terer tapi sebab deria rasa dia hebat jadi dia pandai garam gulakan makanan secukup rasa.
Dash in oregano powder. Ini yang paling basic la utk kita org Msia supaya ade Italian touch sedikit disitu. Kalo duk obersee mewah dengan herbs, bolela na campak, bay leaves, tymes, parsley & dill sume sesedap rasa
Masukkn sedikit air jika sauce terlalu pekat dan didihkan dalam api yang perlahan dalam 45mins-sejam. Lagi lama lagi sedap. Bolela basuh baju, sidai baju, tgk sinetron dulu time ni. Ini supaya tomato hancur & rasa semua sebati dgn minced beef & sayur.
Bila kaler dia dah cantik camni, kuah dah pekat & rasa da menepati selera boleh tutup api.
Hidangkan bolognese sauce dengan spaghetti. Amboi, ta kan rebus spageti pon na kena ajar?? Boleh tabur parmesan cheese kat atas kalau suka. Na exotic lagi tabur mozarella, masuk oven 3mins. Pergh meliur. Kuah yang belen2 tu boleh masuk bekas kedap udara & frozenkan. Panaskan bila suka. Basic bolognese sauce ni macam2 bole buat, bole buat Lasagna, baked spaghetti, pie, chilli dipping, bumbu spaghetti goreng & macam2 lagila. Selamat mencuba!!
2 comments:
tapi kan kite masak tak gune daging kisar. :) gune sliced meat pastu potong and bledn sendri. sbb daging kisar kan hancur kan. so tak rasa sgt daging die. :) blend sendiri sedap siket rase daging die :) thats why i did lah. hehe. and gune tomato puree tu 2 tins. 1 large tin and small tin :) and makan baru letak cheese. panas2. yummy :)
Owh i penah jugak buat camtu, tapi ta larat ohh na cincang daging sendiri... renyah... but somehow it is down cheaper that way than buying minced beef.. mahal... sbb tu i guna ramly je, murah sket... hehe.. but kalo dpt fresh minced beef lagi sedap!! Tomato puree okay, i just ta paham cane org buat bolognese pakai tomato sos :)
Post a Comment