Yeay!! Bubu dah berjaya dimandikan sampai wangi oleh abang2 SHELL. Bilik juga sudah berjaya dikemaskan. Bilik memang tidak sebesar mana, tapi masalah baju mmg kronik. Itu belum cerita pasal koleksi beg, itu lagi parah & meruncingkan. Sering berpendapat baju tade, wardrobe kosong, setiap minggu asyik nak membeli aje keje. Bila stress makin banyak yang dibeli walaupun duit tak sebanyak mana. Tapi bile na kemas baju tadi, 4 lemari & 1 clothes rack pon ta muat. Sampai sumbat-sumbat baju masuk dalam beg plastik sampah berwarna hitam dan campak didalam stor atas dasar terdesak kerana takmau bilik nampak semak. Yang ada dlm bilik ni hanya satu lemari & 1 clothes rack, lagi 3 lemari di laundry room. Kebanyakan baju adalah dibeli dengan duit sendiri. Nak sedekah kat anak yatim, kedekut. Na jual, sayang. Kawan2 selalu berkata, kau banyak baju tapi suka pakai baju yang sama. Apa kes?? Contoh agung adalah selipar kuning, beratus ringgit pon kasut2 kau, selipar kuning tu jugak yang kau pakai hari-hari. Itu adalah contoh manusia SETIA PADA YANG SATU ye kawan-kawan. Kesimpulannya perlu cekalkan hati, pilih yang mana memang ta pernah pakai & dah ta akan pakai untuk disedekahkan kepada yang lebey memerlukan.
Mango Cheese Cake...New Produk & New Resepi
9 years ago
1 comments:
lorr.. ni pun tunjuk? hihi
Post a Comment