CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, March 31, 2013

Dear Diary,

Blogging mode ON

Dear Digital Diary,

Ada banyak bende yang terjadi lately. Semuanya menusuk hati. Rasa macam kena tikam 18 kali dekat dada kiri. Tapi tak mati-mati. Pernah sampai satu tahap nak bernafas pon rasa tak terdaya. Lalu bawa kereta sorang-sorang menuju ke bukit tinggi. Sangat tabole fikir.

Dengan lambakan keje di ofis. Dengan event setiap bulan. Sales Repsol target 70k sebulan na kena jaga. Import motor yang sangat memeningkan kepala. Lelah. Kadang tu rasa penat sangat sampai menangis dalam toilet. Jadual Event penuh sampai bulan 12. Na cuti pon tatau celah mana.

Sabya Sense (SS) pula sedang bertatih. Patut diberi perhatian lebih. Tapi kadang2 aku ta sempat na jenguk bisnes sendiri which is very bad. Namun segala order customer masih dilayan dengan baik. Tambah penat kalau yang minta COD. Tapi aku gagahkan juga la sebab na jaga hati customer. Alhamdulillah kalau tak dapat banyak, yang sikit ni pun kita tetap bersyukur. 1001 kisah disebalik SS ni kalau na cerita mungkin boleh menitik air mata. Tapela kita simpan untuk santapan cucu-cucu di kemudian hari.

Sambungan dari perenggan pertama, soal peribadi atau soal jodoh memang aku selalu kurang bernasib baik. Macam orang kata you give some you lose some. I may have everything in the world, tapi soal cinta aku memang selalu fail kuasa 5. Aku pon tana salahkan sesiapa. Lebih baik betulkan diri sendiri. Aku pon da tak sudi na fikir. Benda yang mengguris hati buat apa na fikir lama-lama kan? In another hand, Ada orang suka aku. Aku tak suka dia, aku minta maaf. Ada juga orang yang aku suka, tapi dia tak suka aku. Jadi cuma mengadu dengan Allah. Allah kan pemegang hati? Dia yang bagi rasa suka jadi mintalah dengan DIA.


Nota Kaki: Geli pula cite pasal suka suka ni. 

Wednesday, March 27, 2013

SAB1414H


When i dream, i alwaysssss dream big!! Alhamdulillah one of the dream come true. Nothing is impossible. The words itself says Im Possible :)

Sunday, March 24, 2013

Zil Hayatul Asyikin E-Day






Congratssssss dikgemok!!!




Sedih adik gemok da na kawen tapi happy lagi banyakkkkkk. Bachelor party jommmmmmss!!

Sunday, March 10, 2013

Tuhan nak tunjuk


Awak tahu tak apa itu sedih? Sejauh mana daya upaya seseorang untuk tahan sedih. Berapa desibel sedih yang seseorang boleh tahan dalam satu satu masa? Adakah sedih boleh diukur dari berapa banyak air mata yang mengalir? Apa punca sedih? Apa masalah yang paling menyedihkan dalam dunia ni? Adakah hidup awak lebih sedih dari orang lain?


Awak tahu tak orang yang paling kaya adalah orang yang bahagia? Awak ingat hidup jutawan tu bahagia ke? Jadi artis terkenal dunia itu bahagia? Berapa ramai superstar mati sebab dadah, telan pil tidur & bunuh diri? Tak terkira.


Bila rasa sedih saya selalu reverse psychology yang ada banyak lagi orang lagi sedih dari saya. Jadi hidup saya tadelah sedih mana. Dalam menjaga hati diri sendiri selalu kena bersifat egois. Kemudian saya kembali jalani hidup saya dengan aktiviti-aktiviti ceria. Senyum je walau hati dah tatau rabak mana.


Nota kaki: Pernah tak awak rasa sedih yang amat tepu sampai dah tatau na luah bagaimana?

Thursday, March 7, 2013

#Pray For Lahad Datu


Tentera sulu itu MUSLIM. Mereka tiada negara. Kerajaan Filipina sendiri tidak mengiktiraf keturunan mereka. Perjuangan mereka hanya berlaku di sekitar kepulauan sulu dan dipandang sepi oleh masyarakat dunia. Bahkan sebagai orang islam yang terpencil di Mindanao mereka juga sering ditindas. Itulah nasib mereka. 

Disebabkan itu pihak keselamatan Malaysia telah melakukan rundingan demi rundingan bagi mengelakkan pertumpahan darah dan ingin menyelesaikan masalah secara diplomasi kerana tidak tegar berbunuhan sesama islam. Setelah 8 orang anggota polis terkorban, barulah ATM digabungkan dengan PDRM. Salah satu daripada pelaksanaan blue ocean strategy.

 Ramai yang kata pertahanan Malaysia lembab? Apa yang anda tahu tentang dasar dalam & luar negara? Sila buka buku sejarah dulu dan belajar tentang hubungan diplomatik antarabangsa. Kalau boleh tolong bukabuku Geografi sekali. Jangan ingat askar dekat malaysia ni semua duduk goyang kaki tidur je. Anda askar ke? Pernah bertempur? Pernah jaga negara? Pernah ambil kisah ke tugas diaorg? Pernah fikir ke scope kerja diorg? Cuba pegang senapang & berjaga siang malam di sempadan negara tengok. Sekarang tahun 2013 bukan tahun 1813 nak terus serang je. 

Di saat negara sedang bergelut dengan pengganas, ramai yang masih menghambur kata cerca nista. Paling mentaliti rendah boleh mempolitikkan isu ini pula. Jujur sedikit sebanyak saya terasa sebab bapa saya juga adalah antara tulang belakang pertahanan negara dan melihat dia bekerja siang dan malam untuk negara tapi ada siapa peduli ke? Al-fatihah untuk pejuang negara. Andalah wira kami. Ramai yang sering panggil polis sebagai anjing kerajaan  tetapi di saat negara terancam, polis lah yang berada di barisan hadapan. Anda yang mengutuk di mana? 

Nota Kaki : Ada sebab mengapa polis dan bukan askar. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.

Wednesday, March 6, 2013

Wordless Wednesday :)


Terengganu Bike Week 2013

















Happening gilerrrrrrrrrr!!! Terengganu memang best!!. I make friends with lotsaaaaa new awesome people.  Really looking forward for the next bike week. Thanks to Superbike Crew & Ilusart Autodesign for the great team work especially to Superbike Crew the utmost sebab i banyak curi gambar dari dorang plus dorang pon banyak curi curi ambil gambar i. hehe. They rawksss anyways :)